Akui Sebak Dengar Soalan Yem, Elvina Mohamad Harap Nad Zainal Terus Kuat – “Ramai Sayang Mu”

Pelakon Datin Elvina Mohamad mengakui sebak mendengar soalan yang diajukan oleh anak kepada aktres Nad Zainal, Fahad Ibrahim selepas mengetahu ibunya kini masih dirawat di hospital, semalam.

Baru-baru ini, industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita Nad telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-parunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Kuman Paru-Paru

Menurut Elvina, dia tidak mampu menahan sebak apabila si kecil yang lebih mesra disapa Yem itu bertanya tentang keadaan ibunya yang kini masih kritikal menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

“Time yem datang kat atok dia tanya “mummy kenapa, mummy kenapa” kami semua yang ada kat situ auto berjurai.. Ya Allah anak kecil yang tak paham apa2 lagi, yang clueless apa sebenarnya terjadi kat mummy dia,” tulisnya.

Malah, rakan baik kepada aktres itu juga mengakui dia sangat terkejut mendengar berita tersebut dan berharap Nad terus kuat demi anak-anaknya, Fahad Ibrahim (Yem) dan Budi Kalsom (Som).

“Tengok keadaan Nad yang terlantar dengan penuh pelbagai tube, jadi macam tak percaya. Sangat mengejutkan sebab macam tiba-tiba, dia tak pernah pun cakap dia sakit ke apa sebelum ni, tiba-tiba dapat tau dah kat ICU..

“Aku tau muu kuat nyah, mu kena kuat demi anak2 mu. Ramai yang datang tadi bg support kat mu, ramai sayang mu. Kteorang semua tunggu kau bangun tauu! Kau kena lawan,” katanya.

Dalam pada itu, bekas suami kepada Nad, Muhammad Faliq Amirudin juga memohon agar pelakon itu terus kuat demi kedua-dua anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kuat Demi Yem & Som” – Makin Kritikal, Bekas Suami Sempat Jumpa Nad Zainal Sebelum Dikejarkan Ke Hospital

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Terpaksa Ditidurkan Selama…” – Alami Paru-Paru Berdarah, Rakan Selebriti Mohon Doakan Keadaan Nad Zainal

Fatin Nurain