Akui Tertekan Rasa Nak Kahwin, Noki K-Clique Dalam Fasa Mengenali Seseorang – “Dia Orang Dalam Industri Juga…”

Ahli kumpulan K-Clique iaitu Noki akui dirinya tertekan apabila rakan-rakan di sekelilingnya sudah mendirikan rumah tangga.

Menurut Noki atau nama sebenar Ahmad Ikhwan Aji, 29, dia meluahkan rasa tidak sabar untuk menamatkan zaman bujang.

“Saya ada tekanan rasa nak kahwin sebab sekeliling macam MK, Fareed balik rumah ada isteri masak. Tuju pun dah kahwin,” katanya yang ditemui semasa majlis sidang media tayangan filem War on Terror: KL Anarki di GSC Lalaport BBCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Disoal mengenai kisah percintaannya, dia sedang dalam fasa mengenali seseorang yang merupakan seorang pelakon baru di dalam industri seni ini.

Malah, dia juga membuat perancangan untuk berkahwin pada tahun hadapan.

“Sekarang saya adalah keluar kenal-kenal orang tapi tak ada yang official. Saya punya perancangan kalau boleh nak kahwin tahun depan umur 30 tahun.

“Saya baru berkenalan dengan si dia sebab dia orang dalam industri juga, dia pelakon baru,” ujarnya.

Berkongsi tentang pembikinan filem War on Terror: KL Anarki, Noki semakin rapat dengan pelakon Aedy Ashraf.

“Saya ada minta nasihat daripada barisan pelakon lain dan Aedy sendiri. Disebabkan saya berlakon dengan filem ini menjadi bestfriend dia, sampai ke luar set kami masih rapat. Masa shooting pun kami keluar sekali,” kongsinya yang memegang watak Zack.

Maya Basir