Categories: Kes MahkamahTrending

Mahkamah Tolak Permohonan Bapa, Hak Jagaan Anak Bongsu Allahyarham Faziani Rohban Kekal Bersama Kakak & Ibu Saudara

Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu telah menolak permohonan bantahan awal yang difailkan oleh Ahmad Shah Rizal Ibrahim berhubung kes hak jagaan anak bongsunya, Qaseh Khadija, 10.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Zaini Sulaiman bagi membatalkan kes induk iaitu hadanah terhadap Qaseh yang juga merupakan anak kepada pengasas kosmetik Dnars, Allahyarham Faziani Rohban.

Oleh itu, hak jagaan Qaseh kekal bersama kakaknya, Irdiena Hakim Jasman, 20 dan ibu saudaranya, Faradilla Rohban Ahmad, 36.

Irdiena dan Faradilla pula diwakili peguam, Naimah Saupi dan Shaharuddin Mohamed sebagai plaintif.

Dalam pada itu, bapa saudara Qaseh, Mohd Faizul Rohban Ahmad menzahirkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah.

“Alhamdulillah, mahkamah sekali lagi memutuskan hak penjagaan sementara Qaseh Khadija masih kekal di bawah jagaan kakak dan ibu saudaranya.

“Terima kasih untuk pihak peguam kami yang bertungkus lumus menguruskan kes ini dengan baik,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: “Dia Pilih Untuk Tinggal Dengan Saya” – Menang Kes Hadanah, Anak Faziani Rohban Syukur Adik Bongsu Pulang Ke Pangkuan

Artikel Berkaitan: “Kali Terakhir Jumpa Dikubur Ibu” – Dihalang Bertemu Dengan Adik Bongsu, Anak Faziani Rohban Fail Tuntutan Hadhanah

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari