Al-Fatihah…Pengurus Artis Terkenal Meninggal Dunia

Al- Fatihah…Bekas pengurus artis terkenal era 1990 an, Sam Kassim meninggal dunia akibat akibat komplikasi jantung selain menghidap kanser prostat dan hati, pagi ini.

Difahamkan, Sam Kassim atau nama penuhnya, Samsubahri Kassim, 55, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Antarabangsa, kira-kira jam 5.20 pagi.

Selain Erra Fazira, Sam Kassim yang popular dalam kalangan penggiat industri seni dan media, pernah menjadi pengurus kepada Amy Mastura dan Noryn Aziz.

Berpengalaman hampir 30 tahun dalam dunia hiburan, Sam ketika hayatnya pernah berkhidmat sebagai pegawai perhubungan awam di dua syarikat rakaman.

Terkini, Sam mengendalikan syarikat pengurusan acaranya yang ditubuhkannya. Antara artis yang pernah menggunakan perkhidmatan Sam adalah Anuar Zain, Ning Baizura, Aiman Tino dan ramai lagi.

Jenazah Sam ketika ini dikapan dan disolatkan di Masjid Bukit Antarabangsa sebelum dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu untuk dikebumikan.

Sumber: BH Online

SGMS Faida