Categories: TECH

Ribuan Kata Laluan Apple ID Bocor Gara-Gara Aplikasi Pemantauan Keselamatan Remaja, TeenSafe

23052018 – Ribuan Kata Laluan Apple ID Bocor Gara-Gara Aplikasi Pemantauan Keselamatan Remaja, TeenSafe

Tajuk: Ribuan Kata Laluan Apple ID Bocor Gara-Gara Aplikasi Pemantauan Keselamatan Remaja, TeenSafe

Buat ibu bapa yang sering memantau anak, memang kami puji tindakan anda sangat bagus. Teknologi sekarang yang makin canggih memudahkan anda memantau aktiviti anak, sekaligus mengelakkan mereka terjebak aktiviti kurang sihat di luar sana…

 

Namun, satu laporan eksklusif oleh ZDNet baru-baru ini mendedahkan sebuah aplikasi yang dicipta bagi memantau keselamatan remaja, TeenSafe yang berpusat di Los Angeles – California meninggalkan server yang dihoskan oleh Amazon tanpa perlindungan dan boleh diakses oleh sesiapa saja tanpa kata laluan.

 

Pengkaji keselamatan di UK, Robert Wiggins menemui 2 server sudah terdedah dan kedua-duanya sudah diturunkan selepas amaran ZDNet. Salah satu server mempunyai 10,200 rekod pada pangkalan data merangkumi emel utama yang digunakan untuk mendaftar akaun TeenSafe dan alamat emel Apple ID kanak-kanak.

 

“Kami telah mengambil tindakan untuk menutup salah satu server untuk kegunaan orang awam dan mula memberi amaran kepada pengguna bahawa mereka turut boleh menerima kesannya,” kata jurucakap TeenSafe kepada ZDNet.

Terdahulu, pihak polis dan pakar keselamatan siber telah memberi amaran kepada ibu bapa berkenaan penggunaan aplikasi pemantauan ini yang mana boleh membuatkan kepercayaan antara ibu bapa dan anak-anak hilang.

 

Sehingga kini, TeenSafe melaporkan pada ZDNet yang mana mereka akan meneliti situasi ini dan akan memberikan maklumat terperinci dalam masa terdekat.

 

Jika anda tidak tahu, TeenSafe membolehkan ibu bapa memantau aktiviti anak-anak di telefon pintar mereka termasuklah mesej, sejarah pelayar web dan penggunaan media sosial di Facebook atau Instagram.

 

Ia juga mampu memberi tahu lokasi terkini anak anda dan ke mana saja dia pergi pada hari itu.

 

Sumber | Ditulis oleh SGMS Epul

SGMS Enal