Categories: LIFESTYLE

Risiko Untuk Hidap 13 Jenis Kanser Ini Kalau Anda Tidak Kawal Berat

Sekiranya anda dalam kategori obese, diri anda berisiko untuk terdedah kepada pelbagai jenis kanser. Dah bila anda menghidap kanser bak kata orang hospital, penyakit tiga serangkai pasti menjengah . Mesti ada yang tak tahu apa sakit tiga serangkai tu kan . Ianya adalah kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Belum dikira dengan sakit kanser yang bakal menjengah 

Untuk lebih jelas, jom kita ikuti perkongsian daripada TheDiagnosa ini. Amalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat demi masa depan yang lebih baik. Anda mampu mengubahnya.


Kajian mendapati terdapat hubungan di antara obesiti dengan mereka yang menghadapi kanser. Dimana 40% daripada mereka yang mempunyai masalah kanser adalah obese.

Kajian tersebut bukanlah terus mengesahkan bahawa obesiti penyebab kepada kanser. Tetapi ia menunjukkan wujudnya hubungan di antara mereka yang lebih berat badan dan juga penyakit kanser.

Akan tetapi kajian tersebut menyatakan mereka yang obese ataupun terlebih berat badan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kanser.

Kajian ini melibatkan sampel yang besar iaitu sebanyak 630000 orang US pada tahun 2014. Kesemuanya melibatkan 13 jenis kanser.

13 jenis kanser tersebut adalah:

Kanser otak
Mulitple myeloma
Kanser esofagus
Kanser payudada
Kanser tiroid
Kanser pundi hempedu
Kanser perut
Kanser hati
Kanser pankreas
Kanser buah pinggang
Kanser ovari
Kanser rahim
Kanser usus besar

Disebabkan perkara ini masih baru, kebanyakan masyarakat masih tidak sedar bahawa obesiti itu akan meningkatkan risiko mereka untuk mendapat penyakit kanser.

“Kajian yang menyatakan obesiti dan lebih berat badan boleh menyebabkan kanser adalah sesuatu yang mengejutkan bagi masyarakat. Manakala, kesedaran berkenaan perkara ini masih rendah dikalangan mereka,” Kata Dr Anne Schuchat, Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Lebih baik mencegah dari merawat ye .. 

SGMS Enal