Takziah buat penyanyi nasyid Indonesia, Opick atas kehilangan isteri keduanya, Wulan Maya Sari Hanis Sudiyono yang meninggal dunia pada Ahad lalu.

Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat selepas bayi yang dikandungnya meninggal dunia kira-kira dua bulan lalu.

Ketika itu usia kandungan Wulan sudah memasuki usia lapan bulan.

Menurut laporan menerusi Liputan6, kematian isteri Opick tidak diketahui namun kesihatannya merosot selepas melahirkan atau beberapa hari ketika melahirkan.

Maklumat ini disampaikan oleh sahabat baik Opick sendiri, Ustaz Solmed.

Tambahnya, Wulan sempat dikejarkan ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi suami dan ahli keluarga. Jenazah Allahyarhamah dilaporkan sudah dikebumikan selepas Zohor tadi. 

Opick memiliki seorang lagi isteri, Dian Rositaningrum, yang dinikahi pada 2002 lalu dan dikurniakan enam orang anak.

SGMS Faida