Alahai, Wak Doyok Kantoi Tayang Gambar Kasut Dari Pinterest

Baru-baru ini isu viral Wak Doyok memuat naik salah satu gambar koleksi sneakers peribadi beliau yang dikatakan diambil daripada pinterest menjadi buah mulut netizen. Walaupun pada mulanya netizen begitu teruja dan terkejut dengan koleksi yang dimiliki oleh Wak Doyok, namun peminat bagaimanapun terkejut kerana gambar yang dimuat naik oleh Wak itu sebenarnya bukan lah miliknya. 

Perkongsian tersebut akhirnya membuatkan seorang pengguna twitter menyertakan bukti bahawa imej yang digunakan oleh Wak diambil daripada laman web Sole Collector pada tahun 2014.

Agaknya apalah yang difikirkan oleh Wak Doyok sebelum memuat naik gambar tersebut kan? Tak mk pasal-pasal ramai peminat Wak memandang serong terhadap perbuatan beliau.

Apapun, tindakan Wak membalas komen-komen negatif followers nya itu harus dipuji kerana beliau tidak sedikit pun melatah.  

Salma Syahbuddin