Categories: Oh Lawa

Datang Dari “Kedai Termahal Di Dunia”, Barangan Bijan Adalah Untuk Golongan Ada-Ada Saja

Ini bukan sebarang biji-bijian atau minyak, ya! Siap boleh beli sebuah banglo lagi!

Haaa, mesti ramai yang nak tahu apakah yang sedang diperkatakan. Bijan di sini merujuk kepada sebuah jenama high end yang sama taraf dengan Hermes, Dior Louis Vuitton dan Gucci dan baru saja menembusi masuk ke pasaran Malaysia.

Apa yang menariknya, jenama Bijan yang disebut sebagai biːʒæn atau bi-shxan, tidak semena-mena menjadi topik hangat yang diperkatakan oleh rakyat Malaysia terutamanya wanita kaya-raya yang obses dengan tas tangan berjenama.

Berbanding di luar negara, di Malaysia jenama ini barangkali tidak begitu dikenali tetapi sebahagian koleksinya menyamai harga barangan jenama tas tangan mewah Hermes.

Foto: FMT

Ketahui tujuh fakta tentang jenama mewah ini.

1. House of Bijan yang terletak di Los Angeles dibuka oleh pengasas jenama ini, Bijan Pakzad, pada tahun 1976, selepas berpindah dari negara asalnya, Iran.

2. Butik ini telah menghasilkan rekaan pakaian, kasut, wangian dan aksesori yang paling mahal di dunia untuk ramai personaliti terkenal antaranya Barack Obama, Bill Clinton, Putera Charles, Pierce Brosnan, Arnold Schwarzenegger, Hugh Hefner dan Putera Rainier dari Monaco.

3. Mahu melawat butik ini? Lupakan sahaja, kerana untuk masuk tengok-tengok saja pun anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu.

4. Jenama ini dikenali bukan sahaja sebagai jenama mewah, tetapi juga eksklusif. Setiap produk akan dihasilkan dalam kuantiti yang terhad, dan dijual kepada golongan yang disasarkan sahaja. Untuk setiap koleksi pula, produk yang dikeluarkan adalah sebanyak satu atau dua unit sahaja.

5. Kebanyakan beg tangan yang dihasilkan diperbuat daripada kulit buaya dan berharga sekitar USD65,000 (RM262,063) ke USD175,000 (RM705,468).

6. Selain beg tangan, antara barangan lain yang boleh didapati di butik ini adalah kot vicuña (AS$15,000/RM60,469), cadar chinchilla (USD120,000/RM483,755 ) dan set bagasi kulit buaya (USD65,000/RM262,063).

Foto: Los Angeles Times

Sumber: Astro Awani

Yanie Baharom