Alamak…Kasut Punya Pasal, Syahrini Kena Halau?

Penyanyi sensasi Indonesia, Syahrini kembali menjadi bualan ramai apabila dilaporkan dihalau ketika menonton wayang di salah sebuah teater di Singapura. Alamak, kenapa ni?

Menurut Syahrini di InstaStorynya, kejadian berlaku ketika dia dan keluarga sedang menonton teater muzikal Aladdin di Sands Theatre, Singapura.  

“Lagi nonton Aladdin diusro (diusir) sis.. suruh matiin sepatu si raja,” kata Syahrini.

Rupa-rupanya, Syahrini dihalau kerana sepasang kasut yang dipakai oleh anak saudaranya.

Kasut yang dilengkapi cahaya itu dikatakan menganggu perjalanan acara.

Tambah pelantun Jangan Memilih Aku ini, petugas di sana mengarahkan lampu kasut milik anak saudaranya, Raja, dimatikan agar tidak mengganggu konsentrasi penonton lain.

Dalam video itu juga, Syahrini dilihat bingung untuk mematikan lampu pada kasut berkenaan. 

“I don’t know how to turn off,” ucap Syahrini. 

Penyanyi yang berkahwin dengan usahawan Reino Barack ini dilaporkan terbang ke Singapura dengan pesawat peribadi bersama ahli keluarga lain untuk bercuti. 

SGMS Faida