Selepas 23 Tahun…Mark Adam Tunai Janji!

Ibu mana yang tidak bangga melihat anak sendiri berjaya memberikan sebuah rumah sebagai hadiah, kan?

Penyanyi dan komposer terkenal, Mark Adam berjaya membuat kejutan untuk ibu tersayang apabila menghadiahkan sebuah rumah lot di kampung halamannya di Filipina. 

Mengimbas kenangan lalu, Mark pernah berjanji untuk menghadiahkan ibunya sebuah rumah sekitar 23 tahun lalu. 

“Mak nanti bila saya dah besar saya akan belikan mak rumah,” tulisnya di Instagram. 

Penyanyi yang popular dengan lagu Marry Me ini turut berterima kasih kepada isteri tersayang, Norazah Redzuan yang turut bantu merealisasikan impian ibunya. 

“Dan mak masih tak percaya ini rumah baru dia. Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Thanks a lot for making this happen,” tulisnya ringkas. 

Sebelum ini, Mark mendedahkan berulang-alik ke kampung halaman di Filipina sejak Mei lalu bagi meninjau projek hadiah kejutan buat ibunya. Tahniah Mark! 

SGMS Faida