Alami ‘Missed Miscarriage’, Hannah Delisha Tak Sedar Anak Dikandung Tak Bernyawa

Pelakon jelita, Hannah Delisha memaklumkan dia tidak menyedari mengalami keguguran di usia kehamilan tiga bulan kerana tidak menunjukkan sebarang simptom.

Memetik laporan mStar, doktor bagaimanapun menjangka usia degupan jantung janin terhenti ketika kandungan Hannah memasuki minggu kelapan.

“Waktu gugur itu bayi dalam kandungan saya berusia tiga bulan.

“Gugur tiada simptom, tiada keluar darah atau rasa sakit.. Maksudnya keguguran terlepas atau missed miscarriage,” katanya/

Pelakon kelahiran Singapura terkilan apabila mendapat tahu bayi dalam perutnya itu ternyata sudah meninggal selama sebulan.

“Suami sangat gembira sampai berdiri nak tengok imbasan tapi apabila doktor membuat imbasan kali kedua, dia meminta maaf sebelum memberitahu janin sudah tiada degupan jantung.

“Peliknya, doktor menganggarkan kandungan saya sudah masuk usia 13 minggu tapi monitor menunjukkan saiz janin lapan minggu.

“Doktor menjangkakan bayi saya sudah meninggal dunia sejak minggu kelapan.

“Apa membuatkan saya down, rupanya dah sebulan bayi saya sudah tak bernyawa,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, isteri pelakon Imam Shah ini mengakui truama apabila perasaan teruja menantikan zuriat pertama selepas tiga tahun menantikan chaata mata berubah menjadi duka setelah mengalami keguguran.

Bagaimanapun, Hannah berkata keadannya kini semakin baik dan masih menjalani pantang.

“Selepas mendapat tahu keguguram, saya terus melakukan pembedahan dilation and curretage bagi mengeluarkan janin.

“Kejadian itu memang membuatkan saya trauma tapi Alhamdulillah keadaan saya beransur pulih dan masih berpantang,” katanya.

Sekadar info, Hannah dan Imam mendirikan rumah tangga pada tahun 2021 lalu.

Artikel Berkaitan: Hannah Delisha Alami Keguguran, Sempat Titip Semangat Pada Para Wanita – “Semoga Allah Sembuhkan Kita…”

Artikel Berkaitan: “Tak Ada Istilah Terus Bersedih Sebagai Seorang Lelaki, Move On” – Hannah Delisha Keguguran, Imam Shah Cari Kekuatan Dalam Kesakitan

Sumber: mStar

Kredit foto: BH Online

Aqilah Paharuzi