Sebak! Datuk Red Merayu Beri Peluang Nak Beraya Dengan Anak-Anak & Isteri Sebagai Suami Buat Kali Terakhir -“Andai Jodoh Kita Tak Panjang…”

Usahawan, Datuk Red menyentuh hati ramai apabila menyatakan hasratnya untuk menyambut hari raya Aidilfitri bersama anak-anak, dan kedua-dua isterinya, Datin Red serta penyanyi, Adira Suhaimi.

Menerusi video siaran langsung tular di TikTok, Datuk Red meminta netizen untuk menyampaikan permintaannya untuk beraya bersama anak-anak sebagai satu keluarga kepada Datin Red dan Adira.

Jelas Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Adnan Abu, dia mahu beraya buat kali terakhir sebagai status suami sebelum berpisah.

“Tolong sampaikan kepada isteri-isteri saya, bagilah saya peluang untuk saya beraya dengan anak-anak.

“Andailah kata kalau jodoh kami tak panjang, bagilah saya peluang untuk sambut raya dengan anak-anak untuk kali terakhir sebagai seorang suami.

“Kadang-kadang nak pertahankan, tapi sebelah pihak tak nak.. kita nak buat macam mana?,” katanya.

Dalam video berkenaan, Datuk Red seakan merayu kepada Adira untuk memberinya peluang beraya bersama anak-anak sebagai sebuah keluarga lengkap dan harmoni.

Katanya, Datuk Red tidak boleh membuat apa-apa tindakan selepas kes penceraian Adira memasuki proses Hakam pada penghujung April ini.

“Bukan satu isteri tapi kedua-duanya tolonglah saya tarik balik kes sebab makin hampir dah.

“Macam kes dengan Adira sangat hampir hujung bulan 4 ni dah masuk Hakam, bila dah masuk proses Hakam saya dah tak ada upaya, rasa tangan dah kena ikat.

“Kalau dengan Datin Red ni lambat sikitlah pasal dia fail cerai lambat sikit.

“Itulah saya berharap dapat beraya macam suami isteri sebagai satu keluarga lengkap.

“Jangan tunjuk dekat anak-anak tu macam tak ada apa berlaku,” katanya.

@khairisanuri

Permintaan terakhir kali untuk isteri2 Dato Red agar tarik balik permohonan penceraian mereka. #datored #fypシ゚viral #foryou #viral

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Adira memfailkan penceraian terhadap Datuk Red pada 25 Oktober tahun lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.

Manakala, Datin Red pula memfailkan penceraian pada penghujung Januari lalu.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Hasil perkahwinan Datuk Red bersama Datin Red mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Malah, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Artikel Berkaitan: “Happy For You, Sentiasa Doakan Yang Terbaik” – Luah Rasa Bangga, Adira Suhaimi Ucap Selamat Bekerja Pada Datuk Red

Artikel Berkaitan: “Tak Mungkin Saya Tinggalkan Dia Sebab Muflis, Dah 18 Tahun Hidup Jatuh Bangun Bersama” – Datin Red

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penceraian Jalan Terbaik, Adira Suhaimi Mahu Berpisah Dalam Keadaan Tenang & Matang – “Saya Tak Nak Bergaduh”

Artikel Berkaitan: 5 Tahun Tiada Pendapatan Tetap & Ditanggung Adira Suhaimi… Datuk Red Cari Kerja Demi Langsai Hutang Cecah RM5 Juta – “Saya Muflis Sejak 2019”

Artikel Berkaitan: “Kau La Terpaling Tersakiti, Acah Mangsa!”- Dituduh Jahat, Status Adira Suhaimi Tuju Pada Siapa?

Artikel Berkaitan: “Saya Sangat Mudah Memaafkan, Tapi Untuk Bersua Muka Insya-Allah Tidak” – Adira Suhaimi

Aqilah Paharuzi