“Happy For You, Sentiasa Doakan Yang Terbaik” – Luah Rasa Bangga, Adira Suhaimi Ucap Selamat Bekerja Pada Datuk Red

Penyanyi, Adira Suhaimi meluahkan rasa bahagia dan syukur melihat rezeki melimpah ruah suaminya, Datuk Red yang mendapat peluang pekerjaan baru.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Adira berkongsi semula pautan video Datuk Red menjadi model kepada jenama pakaian terkenal, Jakel.

Dalam hantaran itu, Adira berkata dia sentiasa mendoakan agar urusan suaminya itu dipermudah, serta sempat menitipkan pesan agar Datuk Red kerja dengan baik.

“Happy for you, Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan semua yang baik-baik untuk awak.

“Kat sini selalu doa yang terbaik. Kerja elok-elok,” tulisnya di Instagram.

Sebelum ini, tular di TikTok mengenai video Adira masuk ke siaran lansing Datuk Red di aplikasi tersebut.

Sebelum ini, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan tiada pekerjaan tetap selepas diisytiharkan muflis sejak 2019 tahun lalu.

Sepanjang lima tahun tidak mempunyai pendapatan tetap itu, Datuk Red sudah berusaha pelbagai cara untuk melangsaikan hutang cecah jutaan ringgit, termasuk cuba menjadi pemandu e-hailing.

Lebih menyedihkan, Datuk Red yang tertekan dengan keadaan kewangannya kini mengakui pernah terdetik untuk menamatkan hidupnya.

Adira memfailakan penceraian terhadap Datuk Red pada 25 Oktober tahun lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.

Artikel Berkaitan: “Tak Mungkin Saya Tinggalkan Dia Sebab Muflis, Dah 18 Tahun Hidup Jatuh Bangun Bersama” – Datin Red

Artikel Berkaitan: Minta Tempoh 5 Tahun Untuk Selesaikan Hutang, Datuk Red Syukur Individu Mulia Hati Beri Tawaran Buka Perniagaan

Artikel Berkaitan: 5 Tahun Tiada Pendapatan Tetap & Ditanggung Adira Suhaimi… Datuk Red Cari Kerja Demi Langsai Hutang Cecah RM5 Juta – “Saya Muflis Sejak 2019”

Artikel Berkaitan: “Kau La Terpaling Tersakiti, Acah Mangsa!”- Dituduh Jahat, Status Adira Suhaimi Tuju Pada Siapa?

Aqilah Paharuzi