“Tak Mungkin Saya Tinggalkan Dia Sebab Muflis, Dah 18 Tahun Hidup Jatuh Bangun Bersama” – Datin Red

Madu penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datin Red mengakui keputusan untuk bercerai dengan suami, Datuk Red bukan kerana usahawan ini sudah muflis dan tidak berharta.

Memetik laporan mStar, Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Syarifah Nor Shafila ini berkata dia seorang isteri yang setia dalam susah dan senang di sisi Datuk Red sejak 18 tahun mendirikan rumah tangga bersama.

“Mana mungkin saya nak tinggalkan dia sebab dia sudah muflis. Nak cakap hidup susah, saya sudah hidup dengan Adnan selama 18 tahun!

“Macam-macam dugaan jatuh bangun bersama-sama. Saya pernah kena gigit pacat sebab ikut dia berniaga sayur ketika sedang hamil anak pertama,” katanya.

Malah, sepanjang lima tahun Datuk Red tiada pendapatan tetap, Datin Red juga banyak berkorban namun tidak mahu mendedahkan perkara tersebut demi menjaga hati ramai pihak

“Sepanjang lima tahun ini, macam-macam saya buat. Tapi saya tak mahu cakap lebih sebab mahu jaga hati banyak pihak,” ujarnya.

Datin Red berkata dia mempunyai alasan sendiri memfailkan cerai terhadap Datuk Red namun memilih untuk mengunci mulut.

“Saya fail cerai ada sebab dan bukan kehendak saya,” tuturnya.

Sebelum ini, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan tiada pekerjaan tetap selepas diisytiharkan muflis sejak 2019 tahun lalu.

Sepanjang lima tahun tidak mempunyai pendapatan tetap itu, Datuk Red sudah berusaha pelbagai cara untuk melangsaikan hutang cecah jutaan ringgit, termasuk cuba menjadi pemandu e-hailing.

Lebih menyedihkan, Datuk Red yang tertekan dengan keadaan kewangannya kini mengakui pernah terdetik untuk menamatkan hidupnya.

Adira memfailkan penceraian terhadap Datuk Red pada 25 Oktober tahun lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.

Manakala, Datin Red pula memfailkan penceraian pada penghujung Januari lalu.

Artikel Berkaitan: “Jangan Jatuh Dengan Trick Manusia” – Akui Terlalu Ikut Emosi, Datin Red Mohon Maaf Pertikai Datuk Red Tak Hargai Isu Jual Tanah

Artikel Berkaitan: “Jual Tanah Sebab Nak Tolong Dia, Sampai Trauma Anak Aku” – Bantu Selesai Hutang, Datin Red Kesal Datuk Red Tak Hargai?

Artikel Berkaitan: “Saya Nekad Untuk Berpisah” – Datin Red Nafi Fail Cerai Sebab Suami Ada Masalah Kewangan

Artikel Berkaitan: “Asyik Nak Tunjuk Kau Punya Sabar”- Kakak Adira ‘Sound’ Datin Red, Dedah Adira Suhaimi Selalu Kena Buli

Sumber: mstar

Aqilah Paharuzi