[VIDEO] Mas Idayu Peluk Erat Bella Astillah Sentuh Hati Ramai

Kisah kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Bella Astillah dan Aliff Aziz masih menjadi bualan hangat di media sosial.

Ia ekoran kontroversi Aliff yang ditangkap khalwat bersama pelakon, Ruhainies pada 9 Mac lalu di sebuah kondominium mewah.

Berita sensasi berkenaan turut meraih perhatian ramai rakan selebriti yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib menimpa pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Terkini, sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu memeluk erat Bella dalam pangkuannya.

Pelukan erat Mas Idayu itu seakan menyuntik kekuatan kepada Bella untuk terus tabah mengharungi ujian rumah tangganya.

@mk.hamdam

Assalamualaikum sahabat ku semua…. mamiy Masidayu dgn bella sayang mamiy Masidayu dgn bella

♬ original sound – LizaHassan – LizaHassan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak serta mengucapkan terima kasih kepada Mas Idayu kerana bersimpati terhadap ibu anak dua itu.

Terdahulu, Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan dimuat naik di Instagram, Ruhainies mengatakan dia hanya mengajak Aliff yang merupakan rakan baik selama 10 tahun untuk makan bersama ahli keluarga di kediaman miliknya.

Kata Ruhainies lagi, kakaknya pelakon Risteena juga sepatutnya datang ke kediaman namun terlewat atas tersangkut di kesesakan lalu lintas.

Susulan kontroversi tersebut, isterinya, Bella memfailkan permohonan cerai pada 11 Mac lalu.

Aktres drama rantaian Aku Tanpa Cintamu ini berkata dia tidak menghalang Aliff untuk bertemu anak-anak meskipun selepas mereka bercerai nanti.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Walaupun Rasa Down, Sunyi.. Tapi Anak-Anak Penguat Semangat” – Bella Astillah Harap Sesama Wanita Tak Saling Meruntuhkan Kebahagiaan

Artikel Berkaitan: Anak Dah Balik Ke Pangkuan Keluarga, Ibu Aliff Aziz ‘Unfollow’ Bella Astillah – “Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan”

Artikel Berkaitan: Didakwa Perangkap Aliff Aziz, Ini Jawapan Bella Astillah

Artikel Berkaitan: “Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

Aqilah Paharuzi