Alami Pendarahan Otak, Seniwati Sharifah Aminah Sudah Sebulan Terlantar Di ICU

Seniwati terkenal era 60 an, Sharifah Aminah Syed Abdullah kini berada di Unit Pantauan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pelakon yang terkenal menerusi filem Jefri Zain (gandingan bersama Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin), Ceritaku Ceritamu dan banyak lagi dirawat selepas mengalami pendarahan otak.

Menurut anak beliau Wan Monaliza, ibunya masih tidak sedar selepas menjalani pembedahan otak sejak 38 hari lalu.

Difahamkan, seniwati berusia 72 tahun ini mengalami penyakit darah tinggi.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan kepada pelakon lagenda ini boleh dibuat ke akaun Maybank 164490381430 (Monaliza Binti Jamali)

Sebelum ini, Aminah merupakan pelakon terawal yang beraksi di negara luar menerusi filem Jefri Zain Di Hong Kong manakala filem terakhirnya ialah Wira Angkasa.

Sama- sama kita doakan agar segala kesakitannya berkurang seterusnya dikurniakan kesihatan yang baik selepas ini. Insya Allah…

SGMS Faida