Siapa yang tidak kenal dengan Alicia Amin, model tinggi lampai berketurunan Melayu dan Jerman ini. Pernah menjadi kontroversi semenjak gambar naked nya mula menjadi tular dilaman instagram beliau. 

Tahun 2017 sahaja, telah menyaksikan nama model terkenal yang mula mencanak naik semenjak mengikuti program Asia Next Top Model ini penuh dengan kontroversi sehingga ada ketikanya beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Salah satu gambar yang menimbulkan kontroversi

Walaupun sebelum ini Alicia pernah mengatakan bahawa, dia tidak kisah dengan komen dan sindirin dari netizen mengenai cara penampilan dan pergaulan beliau. Namun, disebalik setiap kejayaan yang pernah dijulangnya itu, dia juga mengakui bahawa dia pernah berasa tertekan yang teramat sangat sehingga mengambil keputusan untuk membunuh diri. Dan, tindakannya itu dibuat sejurus sahaja program Asia Next Top Model selesai.

Kerana begitu tertekan, Alicia telah dimasukkan ke wad Psikiatri selama seminggu sebelum disahkan stabil.

Alicia Amin membuat pengakuan tersebut selepas melihat semakin ramai artis mahupun individu mengambil keputusan untuk membunuh diri disebabkan tekanan jiwa yang melampau.

 

Salma Syahbuddin