Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

TIPS MEMILIH IKAN SEGAR DI PASAR

Ikan antara menu yang kita nikmati dalam kehidupan seharian. Pelbagai jenis ikan yang ada di pasar dan dari segi masakannya pula pastilah enak seperti ikan stim , ikan 3 rasa, gulai ikan , bakar dan sebagainya . Tapi tahukah anda cara memilih ikan yang segar di pasar agar nanti bila memasak tidak berbau hanyir atau busuk . Ini dikongsikan tips untuk memilih ikan di pasar

1. Mata Ikan

Lihat mata ikan elok-elok. Pastikan mata ikan jernih atau kebiruan dan ada lendir lagi.Ini baru segar! Yang penting beli yang ikan matanya merah. Ini selalu kita dapati di pasaraya besar dan ‘hypermarket’ yang jual macam ‘nak tak nak’.

2. Insang Ikan

Tengok insang ikan dan pastikan masih lagi merah serta berlendir. Kalau nampak kekelabuan, ternyata ia ikan lama yang dibekukan.

3. Isi ikan

Tekan sedikit bahagian badan ikan dengan jari. Pastikan isi ikan pejal dan tidak lembik.

4. Perut ikan

Ini satu lagi. Cuba tekan betul-betul di kawasan perut secara perlahan-lahan. Rasa betul-betul. Kalau lembik, jangan beli. Ikan lama!

SGMS Enal