Aliff Syukri Ubah ‘Selera’

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan bakal melakukan perubahan dari segi lokasi penjualan barangan kosmetiknya.

Jika dahulu, jenama D’Herbs boleh didapati di pasar malam, usahawan berusia 32 tahun ini bakal membawa kesemua produknya untuk dijual di pusat beli belah.

“Saya sedar orang Malaysia suka barangan eksklusif. Ikutkan hati, saya tidak mahu meneruskan jenama D’Herbs tetapi permintaan masih tinggi. Bayangkan walau tanpa promosi besar, saya masih menjana wang hasil penjualan produk D’Herbs.

“Kalau sebelum ini saya jual produk ini di pasar malam. Kali ini saya mahu ‘lari’ sikit. Sekarang ini ramai usahawan jual kosmetik. Persaingan sangat tinggi sekarang.

“Pihak saya memperkenalkan modul perniagaan yang baharu dengan membuka peluang kepada stokis/pengedar untuk membuka outlet perniagaan di pusat beli belah. Pelan ini dijangka akan bermula enam bulan dari sekarang,” katanya ketika ditemui di majlis penjenamaan semula jenama D’Herbs di Flora Terrace Hempshire, Kuala Lumpur, petang tadi.

Tambah Aliff. dua lokasi pertama yang dipilih adalah di beberapa pasaraya Aeon Big dan pusat beli belah Alamanda, Putrajaya. 

Dalam masa sama, D’Herbs memilih pelakon jelita Datin Diana Danielle sebagai duta produk Jus Perawan yang merupakan produk paling laku di bawah jenama ini.

SGMS Faida