9 Tahun Perkenalan, Syazwan Ikat Tali Pertunangan Bersama Kekasih

Pelakon Syazwan Zulkifly, 32 selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Syawariah Zulkifli, 32 yang merupakan seorang pramugari setelah 9 tahun mengenal hati budi masing-masing.

Bertemakan Melayu Klasik, pasangan yang sama cantik sama padan itu mengenakan busana putih  pada 31 Ogos lalu bertempat di Taiping, Perak.

Pelakon yang terkenal dalam siri Juvana itu meluahkan rasa syukur dan lega usai majlis berlangsung.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,” ringkasnya di laman Instagram miliknya.

Walau bagaimanapun, Syazwan masih belum menetapkan tarikh pernikahan mereka dan berharap semua mendoakan yang terbaik buat hubungan mereka.

Dalam pada itu, berita baik yang dikongsi Syazwan Zulkifly di Instagram miliknya mendapat ucapan beratus netizen yang mendoakan hubungan mereka agar kekal hingga ke jinjang pelamin.

Apa-apapun, tahniah Syazwan dan pasangan!

 

Ditulis oleh: Dina Azmi

Ad Ops