“All The Best Daddy” – Ucap Farah Lee Kepada Ally Iskandar

Perkongsian pengacara dan personaliti TV, Ally Iskandar meraih perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ally Iskandar memuat naik sebuah tangkap layar yang memaparkan berita mengenai dirinya.

Tangkap layar tersebut memaparkan berita mengenai Ally yang dikatakan bakal menjadi ‘guru’ selepas 20 tahun terbabit dalam bidang pengacaraan.

“Selamat pagi semua,” tulis Ally ringkas di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Ally tersebut.

Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat bapa kepada seorang cahaya mata itu.

Namun apa yang mencuri tumpuan adalah, bekas isteri Ally iatu pengacara dan personaliti TV, Farah Lee turut meninggalkan komen terhadap perkongsian Ally itu.

Farah mengucapkan selamat maju jaya kepada Ally.

“All the best Daddy,” tulis Farah Lee.

Untuk rekod, Ally pernah mendirikan rumah tangga dengan Farah pada Januari 2012 namun jodoh tidak panjang, mereka bercerai pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempun, Maream Esaabel yang kini berusia 9 tahun.

Ally kemudian mendirikan rumah tangga dengan Marlini Ibrahim pada 2019.

Pada 5 Januari lalu, Farah Lee mengejutkan ramai apabila mengumumkan kembali bergelar isteri dengan lelaki pilhannya yang dikenali sebagai Fuad.

ARTIKEL BERKAITAN: Hantaran Curi Perhatian, Netizen Seloroh Ally Iskandar Ucap Tahniah Kepada Bekas Isteri? – “Its A Wish To The Other Side”

Khairil Khusyairi