Categories: HiburanSelebriti

‘Allahuakbar…Caption Kau’- Pengarah Nur 2 Kecewa Dengan Siapa Tu?

Pengarah Nur 2, Shahrulezad Mohameddin kecewa dengan penulisan yang dikeluarkan oleh sebuah portal yang mana ia disifatkan menjatuhkan aib individu lain.

Menerusi laman Instagramnya, Shahrulezad memuatnaik artikel berkenaan yang meminta penulis agar berhenti menghasilkan penulisan yang menjatuhkan imej seseorang.

 Allahuakbar. Caption kau. Berderau dada abam baca caption yang begitu megah membuat senarai dosa manusia lain. Semua orang tahu apa hukum dan batas aurat. Tapi tak perlu lah sampai kita nak tumpang sekali mencanangkan dosa orang lain yang tiada kena mengena dengan kita.

” Dia nak canang dosa dia sendiri tu dia adalah tanggungjawab dia. Dia tahu hukumnya apa. Dan kita jugak tahu hukumnya apa. Tak payahlah nak canang canang sebegini sehingga mencetuskan provokasi warga netizen yg dgn megah mula berlumba lumba meninggalkan komen siapa yg paling pedas sehingga menjatuhkan maruah orang lain,” luahnya.

Beliau turut mengingatkan agar penulis tidak sesuka hati membuka aib orang lain dan sentiasa beringat tentang dosa sendiri.

” Jangan nanti pulak bila sampai giliran kita Allah bolak balikkan iman kita, bila mana aib kita pulak terbukak terbentang diserata alam haaa…masa tu lah kita nak merayu supaya orang faham struggle kita macam mana.

” Menginsafi dan ambik iktibarlah dari apa yg berlaku. Jaga diri. Jaga iman. Jangan sibuk sangat nak hitung dosa orang lain sedangkan dosa kita yg setinggi gunung yang kita cuba sorokkan selama ini hampir saja terburai pada bila bila masa saja,” luahnya kecewa. 

 

 

 

SGMS Faida