Hiburan By: SGMS Faida May 22, 2019 @ 5:11pm

‘Almarhum Sultan Berjiwa Rakyat…’- Siti Nurhaliza Luah Rasa Sedih Kenang Kenangan Lama

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menganggap kemangkatan Almarhum Sultan Pahang kelima, Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang disahkan mangkat pagi ini, satu kehilangan besar buat rakyat.

“Berita kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah, adalah berita sedih buat seluruh rakyat Pahang dan juga rakyat Malaysia termasuk saya sendiri.

“Sebagai rakyat Pahang yang berpeluang membuat persembahan di hadapan Almarhum Tuanku sejak saya bersekolah rendah sehinggalah menjadi artis, banyak kenangan bermakna dan saya kenang sampai bila-bila,” katanya.

Antara kenangan paling manis apabila Almarhum Tuanku hadir ke konsert beliau di Royal Albert Hall, London pada tahun 2005.

Apatah lagi, ketika itu Siti sendiri yang mengadap Almarhum Sultan untuk menjemput dan baginda berkenan untuk hadir menyaksikan persembahan beliau.

“Secara peribadi, Almarhum ialah sultan berjiwa rakyat dan sangat mudah didampingi.

“Patik dan suami mengucapkan dan menyembah salam takziah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, seluruh kerabat dan keluarga DiRaja Pahang di atas kemangkatan Almarhum Paduka Sultan Haji Ahmad Shah AlMusta’in Billah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum dan digolongkan dalam kalangan para solehin,” tulis Siti di laman Instagramnya, hari ini.

Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah dilaporkan mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Nov 2019

Nadia Brian Kini Sah Isteri Kepada Muizz!

Tahniah Nadia Brian dan Muizz!

Featured Thu, 10 Jun 2021

“Buat Laki Macam Hamba Abdi..”- Penonton Emosi Dengan Lakonan Didie Alias Dalam Drama Cukup Derita Itu

Penangan  Drama Cukup Derita Itu yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 sejak 6 Mei lalu ternyata memberi impak di hati para penonton Lakonan hebat Hisyam Hamid, Ruhainies, Didie Alias , Chacha Maembong dan Farhan Asri. […]

FESYEN Wed, 14 Aug 2019

Fazura’s Spilling Tea on E! News About Fattah’s Fashion

The fashion starlet, Fazura reveals her individuality through her fashion picks and thoughts

Hiburan Thu, 24 May 2018

Panas! Faye Kusairi Mengamuk Mahu Pertahankan Suami

Terbaru, pelakon dan juga isteri kepada Azmi Hatta, Faye Kusairi bagaimanapun tampil mempertahankan suaminya itu dengan menjawab tuduhan tersebut melalui ruangan komen instagramnya selepas suaminya itu dihentam pelbagai persoalan

Events Thu, 15 Nov 2018

王冠逸返马出席活动自嘲「都不红!」

凭着《延禧攻略》海兰察一角爆红的王冠逸返马出席活动;在主持人介绍他歌手身份时,自嘲歌曲都不红!

Hiburan Mon, 15 Aug 2022
Featured Fri, 15 Dec 2023