Along Cham Kesal Dilarang Lalu Red Carpet Ketika #ASK2019

Pelakon dan pelawak, Along Cham memberitahu dirinya tidak dibenarkan lalu di karpet merah ketika acara tersebut berlangsung kerana dihalang oleh seorang krew sehinggalah pelakon, pengarah dan penyanyi, Mawi datang menyelamatkan keadaan. 

” Krew ASK2019 tahan dan check invitation card abang, lepas tu dia arahkan abang untuk lalu ke laluan lain. Sehinggalah Mawi jerit. Eh! Itu Along Cham kenapa tak bagi dia lalu red carpet?…”

Menurut Along, nama beliau telahpun tertera di kad jemputan tersebut, tetapi krew tersebut dengan spontannya berkata beliau tidak perasan.

Perkara tersebut telah dimuat naik oleh Along menerusi akaun instagram miliknya beberapa hari lepas dan kelihatan krew #ASK2019 nampaknya tampil membuat permohonan maaf menerusi ruangan komen milik Along.

Sumber : Instagram @alongcham

Apapun, diharap perkara sebegini tidak akan terjadi lagi dikalangan team produksi dan artis yang terlibat. Bak kata pepatah, “Yang Baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan”. Jangan gaduh-gaduh okay!

Salma Syahbuddin