Isu Karpet Merah #ASK2019, Kini Jasmin Hamid Pula Terkilan

Rentetan isu Along Cham dilarang lalu di karpet merah ketika anugerah tersebut berlangsung, pelakon Jasmin Hamid pula tampil meluahkan perasaan terkilan beliau apabila menganggap isu tersebut sepatutnya tidak berlaku lebih-lebih lagi melibatkan artis yang tercalon.

” Petugas yang diberikan mandat harus lebih peka terhadap hal-hal sebegini terutamanya apabila melibatkan karyawan yang ada kad jemputan. Ini akan memburukkan nama penganjur.  Syukur Along orangnya cool.” Katanya.
Jasmin juga turut berkongsi perkara yang sama pernah terjadi kepada diri beliau apabila tidak diendahkan  ketika melalui karpet merah pada sebuah majlis anugerah.
” … Sedih bila anak seni diperlekehkan sebegini, takkan nak kena pakai name tag baru nak kenal dan boleh masuk majlis anugerah?”. Tambahnya.
Apapun diharap selepas ini team produksi lebih peka terhadap isu yang terjadi okay!
Salma Syahbuddin