Altimet Angkat Kisah Rapper Dalam ‘Pendekar Pena’

Biarpun sudah bersara dari dunia nyanyian Februari lalu, penyanyi Altimet tampil dengan single ‘Pendekar Pena’ yang merupakan lagu duet bersama Zizi Kirana.

Single kedua dalam album terakhir ‘O’ penyanyi berusia 40 tahun ini mengangkat kisah hidup seorang rapper.

“ Lagu ‘Pendekar Pena’ mengisahkan tentang seseorang yang suka ‘menunjuk’ kemampuan yang ada pada diri mereka. Rapper biasanya akan bercakap tentang betapa bagusnya diri mereka ketika menyanyikan bait-bait kata lirik lagu rap. 

“ Jadi ia merupakan satu kemestian bagi saya untuk menghasilkan lagu ini. Tetapi saya lakukan dalam prosa Melayu klasik sebagai ‘twist'”, jelas Altimet. 

Katanya, antara komposer yang terlibat di sebalik pembikinan lagu ini ialah DJ Biggie, Faliq Auri, Kidd Santhe, Adeep dan Altimet sendiri.

Bercakap tentang pemilihan penyanyi dan rapper sensasi, Zizi Kirana sebagai rakan duet, Altimet menjelaskan beliau sudah lama mengenali penyanyi itu. 

 “Zizi dapat menyanyikan lagu asli dengan baik. Pada masa yang sama dia juga turut dikenali sebagai seorang rapper wanita. Jadi pada saya Zizi merupakan pilhan yang paling ideal untuk kolaborasi ini”, ujarnya. 

Manakala video lirik rasmi ‘Pendekar Pena’ yang membawa konsep klasik dan menggunakan font klasik ini arahan Abidin Azizi dan Hafiz Mohtar daripada Schizomotion Media and Art dan terbitan oleh Warner Music Malaysia.

Single ‘Pendekar Pena’ merupakan terbitan Altimet Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music manakala video lirik rasmi “Pendekar Pena’ boleh ditonton dia Youtube Warner Music Malaysia bermula hari ini.

SGMS Faida