Hiburan By: SGMS Faida February 18, 2019 @ 4:54pm

Altimet Lega Aplikasi Recite Kini Terima 57,000 Pengguna, Alhamdulillah!

Penyanyi Altimet meluahkan rasa syukur apabila aplikasi Recite yang diwujudkan sejak Oktober 2018 kini memiliki 57,000 pengguna yang memuat turun.

Altimet ketika ditemui selepas tayangan teater Ola Bola di Istana Budaya memaklumkan beliau gembira melihat maklum balas diterima oleh pengguna di Malaysia dan Indonesia.

“ Alhamdulillah saya bersyukur dengan penerimaan orang ramai setakat ini. Pihak kami sedang dalam usaha untuk melancarkan untuk pengguna Apple pula memandangkan aplikasi ini hanya tersedia di platform Android buat masa ini.

“ Paling lewat mungkin pada bulan ini juga. Insya Allah,” katanya kepada XTRA.

Dalam masa sama, Altimet atau nama sebenar Ahmad Bin Abdul Rahman ini turut lega apabila aplikasi mendapat sambutan baik di Amerika Syarikat dan Eropah.

“ Saya ada menerima maklum balas baik daripada pengguna di sana Cuma berdepan dengan masalah kekurangan tenaga pengajar dalam Bahasa Inggeris.

“ Pihak saya sedang dalam usaha mencari penyelesaian. Berkemungkinan akan selesai dalam masa terdekat,” katanya.

Tambah Altimet, dia berhasrat agar Recite terus berkembang lebih meluas di negara lain pula.

“ Ramai yang memohon untuk menjadi tenaga pengajar cuma Recite memerlukan mereka yang memiliki sijil Darul Al Quran. Itu antara syarat yang sudah ditetapkan.

“ Besar harapan saya untuk membangunkan aplikasi agar lebih maju di masa hadapan. Jika berjaya dan pulangannya besar, saya berniat untuk bawa sekampung mengerjakan Umrah,” katanya bersemangat.

Recite merupakan salah satu aplikasi yang membantu pengguna menambah-baik bacaan Quran. Pengguna boleh memuat-turunnya secara percuma pada platform Android dan menggunakannya dalam membuat rakaman bacaan Quran, serta memberikan pihak bertangunggjawab seperti ustaz menilai dan memberikan komen untuk menambah-baik bacaan pengguna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Amyra Rosli Dilarang Berlakon?

Masa yang terbaik untuk Amyra jaga kesihatan dan baby dalam kandungan tu ok.

Featured Tue, 21 Sep 2021
Featured Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Terungkailah Sudah Siapakah Gerangan Protege Bagi Mentor 7?

Bermula 28 Oktober ini, jangan lupa saksikan setiap Ahad jam 9 malam. Mentor 7 bakal bersiaran secara LIVE dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Tengok okay!

Hiburan Sun, 27 Oct 2019

Al- Fatihah…Jenazah Anak Fauziah Nawi Sudah Ditemui

Al-Fatihah…semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Featured Fri, 21 Oct 2022
#tilljannah Fri, 6 Jan 2023

Muat Naik Video ‘Miming’ Hindustan, Gelagat Reen Rahim & Suami Raih Perhatian – “Dia Bawa Geng Sudah…”

Umum mengetahui, pelakon Reen Rahim sudah bergelar isteri kepada Hazim Zainal beberapa minggu lalu dan kini sering tampil berkongsi momen bersama suami tercintanya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Instagram […]

Hiburan Fri, 13 Dec 2019

Azhan Rani Mahu Lebih Dari Trofi?

Pelakon, Azhan Rani yang juga pemenang trofi Antagonis Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 berpendapat sudah tiba masanya pelakon diberi pengiktirafan selain daripada menerima trofi apabila memenangi sesuatu anugerah.  Memetik laporan BH Online, […]

error: Content is protected !!