ALYPH Bagi Peringatan Untuk ‘CHECK’ Diri Sendiri & Orang Sekeliling – “Check Member Belah Kiri, Dia Straight…”

Penyanyi rap dari Singapura, ALYPH kini kembali dengan lagu ‘CHECK’ selepas berjaya mengembangkan namanya dengan lagu ‘SWIPE’.

Lagu baru ini adalah sebuah karya yang ditulis, diterbit dan dipersembahkan sendiri oleh dirinya sendiri dan dilancarkan di semua platform digital di bawah Def Jam South East Asia.

Menurut ALYPH, ‘CHECK’ merupakan sebuah lagu yang untuk mengingati orang ramai untuk sentiasa periksa diri sendiri dan orang sekeliling sama ada mereka berjalan searah dengan kehidupan kita.

“Mengingatkan orang ramai untuk sentiasa check atau memastikan diri sendiri.

“Untuk melaksanakannya bukanlah dengan menetapkan segalanya di dalam kepala sendiri tanpa anda juga harus memastikan persekitaran, tenaga dan orang sekeliling anda sama-sama searah dan sependapat,” ujarnya.

Selain itu, ‘CHECK’ memiliki rentak trap yang bernuansa kelam namun kemas ini mengingatkan bahawa risiko bahaya itu sentiasa ada, jadi tidak boleh tersilap langkah.

Tambah ALYPH, kejayaan lagu ‘SWIPE’ sebelum ini merupakan satu pengesahan buat dirinya dan memberi semangat untuk berterusan menghasilkan lebih banyak karya.

“Kadangkala ini membantu saya untuk mengetahui bahawa saya sedang melakukan sesuatu yang betul,” katanya.

Untuk rekod, lagu ini telah ditulis lama sebelum ‘SWIPE’ dihasilkan dan seolah-olah ALYPH sudah dapat melihat kejayaan lagu ‘SWIPE’ yang bakal menjana kecemerlangan lagu ‘CHECK’ pula.

 

Maya Basir