Aman Aziz Teringin Jadi Hero Tapi…

Dari pentas nyanyian ke dunia lakonan, Aman Aziz yang semakin aktif sebagai pelakon mengaku impikan watak sebagai hero.

Kata Aman ketika ditemui Xtra pada majlis Iftar Watie Collections baru-baru ini, menyedari lambakan pelakon sedia ada pada masa ini, dia tekad mengusahakan sesuatu untuk menarik perhatian pihak produser.

“ Untuk menjadi hero saya sedar seseorang itu perlu nampak matang dan fizikal juga perlu dilihat sedap mata memandang.

“ Saya belum pernah merasa menjadi hero dalam drama lakonan sebelum ini. Teringin juga kalau boleh tapi ramai kata wajah kurang sesuai sebab nampak ‘baby face’,” katanya.

Atas sebab itu, bekas naib juara program realiti Akademi Fantasia 2014 ini nekad membina badan.

“ Sekarang berat saya baru 65 kilogram. Sasaran saya untuk naikkan berat badan sehingga 70 kilogram. Saya mahu kelihatan ‘abang-abang’ di kaca televisyen. Siapa tahu suatu hari nanti rezeki saya pula terpilih untuk menjadi hero. Doa-doakan,” katanya yang sebelum ini sering ditawarkan sebagai watak pembantu dalam drama.

Untuk rekod, Aman pernah berlakon dalam beberapa buah drama antaranya Cinta Suci Jadi Saksi, Ketupat Jantung Hati dan Patah Sayap Bertongkat Paruh.

SGMS Fas