Amar Asyraf Timang Bayi Perempuan, Pilih Nama Ammara Fateema

Pelakon Amar Asyraf memaklumkan isterinya, Farhana Yusof selamat melahirkan bayi perempuan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amar memuat naik sebuah foto yang memaparkan dia memangku bayi perepuannya itu.

Menurut pelakon drama fenomena Setia Hujung Nyawa itu, isterinya selamat melahirkan bayi  mereka pada 25 Mac lalu yang bersamaa dengan 3 Ramadan.

“Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T. Allah maha baik.

‘Untuk opengetahuan rakan-rakan, 25 Mac bersamaan 3 Ramadan yang lepas, telah lahirnya anak perempuan saya Ammara Fateema binti Amar Asyraf,” kongsi Amar.

Dalam pada itu, Amar turut menitipkan doa buat cahaya matanya itu agar menjadi anak yang baik.

“Semoga jadi anak yang soleh dan baik, asbab bapalk dan mummy masuk syurga, Insya-Allah.

‘Thank you mummy, I love you so much Lillahitaala,” tutupnya.

Untuk rekod, Amar pernah mendirikan rumah tangga bersama isteri pertamanya iaitu Arna Salleh pada 7 Jun 2013. Hasil daripada perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Namun pada 2019, pelakon  ini membuat pendedahan bahawa dia telah berkahwin kali kedua dengan individu bernama Vivy Jeffry dan menemui titik noktah apabila sah bercerai talak tiga pada Mei 2022.

Belum reda mengenai berita penceraian tersebut, media melaporkan Amar telah berkahwin kali ketiga bersama wanita dikenali sebagai Farhana Yusof.

Khairil Khusyairi