“Amboi Dia Tu, Kita Ni Kahwin…” – Syatilla Melvin Beri Respons Padu Mengenai Hilang Roh Jika Salam Dengan Artis

Kebelakangan ini, kebanyakan warganet meluahkan rasa kurang senang dengan setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Ustazah Afifah.

Selepas isu menggelar suami dayus, ustazah viral itu mengeluarkan pula kenyataan yang mengatakan seseorang itu akan kehilangan jiwa dan roh sekiranya bersalaman dengan selebriti.

Susulan itu, pelakon Syatilla Melvin terpanggil untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana suaminya juga merupakan seorang aktor terkenal, Shaheizy Sam.

Menerusi perkongsian di TikTok, Syatilla telah memuat naik videonya yang memberi teguran manja terhadap isu berbangkit tersebut.

“Panas hati kita wak.

“Amboi biasa dia tu. Biasa mulut tu, amboi. Kita ni kahwin dengan artis kot. Tidur dengan artis, peluk artis macam mana cerita? Amboi dia tu!,” katanya.

@samtilla82Panas hati kita wak♬ original sound – SyatillaMelvin

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respons dari pengikutnya yang terhibur dengan cara pelakon itu memerli ustazah viral berkenaan.

Fatin Nurain