[VIDEO] Baby Shima Promosi Lagu Guna Penari Pakai Seluar D*lam – “Boleh Kalahkan Penari Aliff Syukri Tak?”

Nama penyanyi sensasi, Baby Shima cukup sinonim dengan cerita-cerita panas yang terkait dengan dirinya sehingga menjadi bahan kecaman warganet.

Terbaharu, Shima atau nama lengkapnya, Nor Ashima Ramli memuat naik sebuah hantaran video yang agak panas untuk ditonton.

Menerusi hantaran di Instagram itu, Shima dan beberapa penari sedang asyik menari dengan aksi yang cukup memualkan.

Lebih jijik apabila penari yang terdiri daripada tiga lelaki itu memakai pakaian dalam boxer.

Seperti sudah dijangka, ruangan komen perkongsian itu juga telah ditutup Shima.

Difahamkan video tersebut merupakan promosi bagi lagu terbaharu Shima yang khusus untuk pasaran muzik Indonesia.

“Boleh kalahkan penari Dato Aliff Syukri tak?,” tulis Shima.

Ternyata, perkongsian tersebut jelas bertentangan dengan budaya Islam dan ketimuran.

Sebelum ini, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida dikenakan pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang di media sosial berhubung muzik video lagu.

Khairil Khusyairi