Delivery Makanan Ke Kereta Berserta Pakej Selfie, Netizen Puji Sifat Rendah Diri Neelofa & PU Riz

Aksi pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa yang tidak sombong melayan kerenah peminat ketika berada di sebuah restoran makanan segera meraih perhatian.

Neelofa dan suami, Haris ismail atau PU Riz ramah melayan pekerja-pekerja restoran terbabit yang ingin berswafoto bersama mereka ketika menghantar pesanan makanan yang ditempah ke kereta.

Menerusi video berdurasi 14 saat yang dikongsikan sendiri oleh Neelofa di akaun TikTok miliknya, dia begitu teruja melayan peminatnya itu dan sempat membuat simbol ‘peace’ sambil merakam gelagat pekerja-pekerja restoran terbabit.

“Hai Assalamualaikum, nak ambil gambar saya ke?” ucap Neelofa.

Bukan itu sahaja, Haris juga sempoi melayan kerenah pekerja-pekerja tersebut dengan bersetuju membolehkan mereka untuk berswafoto bersama mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji sifat rendah diri Neelofa yang tidak pilih bulu dalam melayan peminat dan ada juga dari segelintir mereka yang cemburu kerana tidak dapat berswafoto bersama pengacara terkenal itu.

“Neelofa ni sebenarnya tak sombong pun. Baik layan je peminat dia, saya sempat bergambar masa kat AEON baru-baru ni, depan-depan sangatlah cantik,” tulis seorang netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 1.6 juta tontonan, 665 komen dan lebih 115,000 tanda suka.Aksi pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa yang tidak sombong melayan kerenah peminat ketika berada di sebuah restoran makanan segera meraih perhatian.

Neelofa dan suami, Haris ismail atau PU Riz ramah melayan pekerja-pekerja restoran terbabit yang ingin berswafoto bersama mereka ketika menghantar pesanan makanan yang ditempah ke kereta.

Menerusi video berdurasi 14 saat yang dikongsikan sendiri oleh Neelofa di akaun TikTok miliknya, dia begitu teruja melayan peminatnya itu dan sempat membuat simbol ‘peace’ sambil merakam gelagat pekerja-pekerja restoran terbabit.

“Hai Assalamualaikum, nak ambil gambar saya ke?” ucap Neelofa.

Bukan itu sahaja, Haris juga sempoi melayan kerenah pekerja-pekerja tersebut dengan bersetuju membolehkan mereka untuk berswafoto bersama mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji sifat rendah diri Neelofa yang tidak pilih bulu dalam melayan peminat dan ada juga dari segelintir mereka yang cemburu kerana tidak dapat berswafoto bersama pengacara terkenal itu.

“Neelofa ni sebenarnya tak sombong pun. Baik layan je peminat dia, saya sempat bergambar masa kat AEON baru-baru ni, depan-depan sangatlah cantik,” tulis seorang netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 1.6 juta tontonan, 665 komen dan lebih 115,000 tanda suka.

Halimey Zamal