Ameera Khan Kembali Dikritik Netizen, Didakwa Sengaja Tunjuk ‘Aset’

Adik kepada selebriti popular Neelofa, Ameera Khan mencuri perhatian netizen selepas memuat naik foto-foto ketika bercuti di Doha, Qatar.

Menerusi perkongsian terbabit, Ameera mengenakan pakaian ketat berwarna hitam sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA di ruangan komen, rata-rata warganet mempertikaikan tindakan Ameera yang sebelum ini menghilangkan diri akibat tertekan dengan kritikan netizen, namun tindakannya yang dilihat sengaja memuat naik foto seksi di Instagram itu dianggap sebagai ‘dahagakan perhatian’.

Terdahulu, Ameera kembali aktif di media sosial selepas enam bulan berehat daripada sosial media sekaligus menjelaskan dia tidak boleh meninggalkan sosial media sepenuhnya kerana telah membesar dengan platform tersebut.

“Saya ada Instagram, orang bercakap tentang saya. Saya berehat daripada Instagram pun orang masih lagi bercakap mengenai saya.

“Sebagai wanita yang masih muda, saya tertekan dan rasa dibenci. Jadi saya perlu berehat.

“Selama enam bulan berehat daripada media sosial, saya habiskan masa dengan keluarga, mengembara, bersenam dan membaca.

“Tapi hampir kebanyakan masa saya akan bersendirian. Saya tidak galakkan anda untuk berbuat begitu, cuma saya hanya mahu berehat.

“Kenapa tutup muka? Sebab saya tidak mahu orang bercakap apa-apa tentang wajah saya. Mereka (netizen) selalu bercakap tentangnya. Saya tidak mahu orang tahu apa-apa tentang saya.

“Saya membesar dengan Instagram. Saya tidak boleh tinggalkannya 100 peratus, cuma saya reset sementara diri daripada semua orang,” katanya.

Salma Syahbuddin