Susulan Isu Pelakon Wanita ‘Tersuka’ Aliff Aziz, Isteri Caprice Tampil Beri Komen Pedas – “Bertepuk Sebelah Tangan Tak Akan Berbunyi…”

Konflik rumah tangga pasangan selebriti, Bella Astilah dan Aliff Aziz selepas mendedahkan diganggu oleh seorang pelakon wanita sehingga kini hangat menjadi perbualan ramai di media sosial.

Tidak terkecuali, isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis turut bersuara memberi pandangan peribadinya berhubung isu tersebut.

Berdasarkan beberapa perkongsian di Instagram Story miliknya, Farra berkata pelakon seperti ini seharunya dibuang daripada industri seni hiburan.

“Ya Allah.. weh? Bila nak habis cerita bodoh macam ni? Betina-betina sekarang memang sanggap kot*y laki orang ke? Pelakon-pelakon macam ni sepatutnya kena buang dalam industri seni. Memalukan.

“Ini satu hal. Kalau dah betina tu gatal sangat, si jantan pun ramai yang tak sedar diri. Anak bini pun tak mampu nak bagi keperluan cukup. Aish, benci betul aku hal-hal macam ni,” katanya.

Dalam masa sama, Farra seakan berkata insiden seperti ini tidak akan berlaku sekiranya pihak lelaki tidak melayan wanita tersebut.

“Kesimpulannya, tak boleh nak salahkan sebelah pihak.. Dua-dua memang bodoh. Allah bagi kepala otak suruh fikir kau pergi guna kepala kutuk.

“Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. So fikir-fikirkanlah wahai. netizen yang bijaksana,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, pelakon jejaka Sharnaaz turut memberi pendapat sama atas kontroversi ini.

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Komen Isu Pelakon Wanita Kacau Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah – “Patut Kena Ban Keluar TV”

Aqilah Paharuzi