Ana Nayla Sudah Mula Bertatih, Peminat Teruja Lihat Perkembangan Anak Ayda Jebat – “Cepat Betul Awak Grow Up”

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat tampil berkongsi perkembangan terkini anaknya, Ana Nayla yang sudah mula bertatih, semalam.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram milik anaknya, Ayda juga meluahkan rasa teruja melihat gelagat puteri kesayangannya itu berjalan bersama suaminya, Nabil Mahir.

“I can walk! Breakfast with me! Uncles aunties dah breakfast tak tadi? Baby dah boleh jalan. Lepas ni nak berlari pulak. Lari lari ke hatimu. Ching,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan peminatnya turut teruja melihat perkembangan terkini anak pasangan selebriti itu.

“Eyhh kejapnya awak dah boleh jalan, cepat betol awak grow up ekk. Acik takut awak jadi sprinter pulak lepas ni. Jenuh daddy ngan mummy awak nak kejar.

“Lepas ni puas la Mommy Daddy kejar, mesti taknak orang pegang2 dah… Baby dah besyar lah.

“Mommy dah boleh standby nak kejar Nayla.

“Alololooo comeynyaa nayla cayang. Jenuhlah main kejar-kejar lepas ni,” komen peminatnya.

Fatin Nurain