Anak AR Badul Maut Terkena Tembakan

Mejar Zahir Armaya A R Badul dilaporkan maut apabila terkena tembakan ketika sedang melakukan gimik operasi.

Tragedi itu berlaku di acara pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia, Tentera Darat Malaysia (TDM) di Kem Lok Kawi sekitar jam 8.40 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa berlakon sebagai pengganas sambil memakai baju kalis peluru dan ditembak.

Mangsa juga merupakan anak pelawak terkenal A R Badul yang juga abang kepada Adlin Aman Ramlie dan Amran Tompel.

Bagaimanapun, tembakan itu menyebabkan mangsa rebah berlumuran darah sebelum diberi bantuan kecemasan oleh anggota tentera lain dan dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.

Difahamkan, mangsa adalah anak kepada pelakon dan pelawak terkenal tanah air, AR Badul.

Sementara itu, mangsa difahamkan tiba di Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini, kira-kira jam 9 pagi.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 9.20 pagi tadi.- BH Online. 

Sumber Video: Harian Metro

SGMS Faida