“Anak Kedua Terasa Nak Bersolek Je” – Naik Seri Ibu Mengandung, Tasha Shilla Makin Cantik

Pelakon Tasha Shilla mengakui pengalaman hamil anak kedua ternyata berbeza dan membuatkan dirinya gemar bersolek.

Perkongsian menerusi Instagram miliknya beserta foto wajah terbaru Tasha sedang tersenyum sambil memegang bahagian perutnya.

“Anak kedua ni terasa nak bersolek je. Thank you @bellahudd terubat rindu sentuhan #bellahuddsignature #26weekspregnant,” tulis Tasha.

Di bahagian komen, Tasha membalas kenyataan sahabatnya bahawa dia dapat melepaskan hajatnya yang mengidam untuk berlakon.

“Betul…Kak Emil. Haritu mengidam berlakon dapatlah ‘shooting’ 5 hari. Syukur Alhamdulilah,” tulisnya.

Dalam pada itu, pengikut Instagrammya juga memuji Tasha kelihatan semakin cantik dan terserlah seri ibu mengandung.

Tasha mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raees Zander.

Maya Basir