Categories: HiburanSelebriti

Anak Lana Nodin Selamat Jalani Pembedahan, Syukur!

Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa syukur selepas mengetahui keadaan anak keduanya, William Daud Mckienzie stabil selepas pembedahan dilakukan.

Dengan linangan air mata, Lana berterima-kasih kepada semua pengikutnya di Instagram yang tidak berhenti mengirimkan kata-kata semangat serta doa.

“ Alhamdulillah kerana doa kalian anak saya selamat. Jantung dia tak terhenti dan doktor dapat buat rawatan sepatutnya. Pada awalnya, doktor maklumkan jika pembedahan dilakukan sekali lagi besar kemungkinan berdepan risiko.

“ Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang doakan saya. Ya Allah, terima kasih…,” katanya sebak.

Lana turut berpesan kepada para ibu yang berdepan dengan situasi sama, dia berharap agar jangan sesekali berhenti berdoa.

“ Bila kita berdoa dengan meminta betul-betul, dia mendengar dan akan beri. Jangan pernah berhenti berdoa,” ujarnya.

William Daud Mckienzie atau Billy menjalani pembedahan jantung kerana masalah injap (Aortic Stenosis) pada Isnin lalu namun terpaksa ditangguhkan selepas jantungnya terhenti selama 10 minit.

Menurut Lana, doktor memberi bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR) namun selepas tiada tindak balas, kaedah defibrilasi iaitu kejutan elektrik pula digunakan dan jantung anaknya kembali berdetak.

SGMS Faida