“Anak Lebih Percaya Orang Baru Dalam Hidupnya Berbanding Ibu Yang Melahirkan” – Patimah Ismail

Perkongsian terkini isteri pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mencuri perhatian ramai yang telah memuat naik dua hantaran di Instagram Stories (IGs) miliknya.

Menurut Patimah, dia meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila seorang anak lebih mempercayai kata-kata orang baru daripada seorang ibu itu sendiri.

“Masya-Allah. Anak lebih percaya kepada orang yang baru hidup dengannya dari percaya kepada kata-kata ibu yang melahirkannya,” tulisnya.

Menerusi hantaran lain, Patimah memohon kepada Yang Maha Esa untuk memberi petunjuk jalan yang diredaiNya.

“Ya Allah, berikanlah petunjuk ke jalan yang benar, bukan jalan orang-orang yang sesat,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, anaknya, pengarah Syamsul Yusof ada meluahkan rasa kesal terhadap ibunya yang acap kali memuat naik hantaran di media sosial, namun memahami perasaan seorang ibu yang terluka atas tindakannya itu.

Terdahulu, Syamsul memfailkan nusyuz kepada isteri pertamanya, pelakon jelita Puteri Sarah Liyana atas dakwaan isteirnya berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Namun, Sarah kemudian memfailkan tuntutan hadanah iaitu hak penjagaan anak.

Artikel Berkaitan: Fail Nusyuz, Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Suami Orang… Kesal Difitnah Abai Nafkah

Artikel Berkaitan: Bakal Guna Khidmat Hakam, Puteri Sarah Tetap Pendirian Ingin Bercerai – ‘Tak Nak Jumpa, Tak Nak Sebilik.. Saya Penat!”

Artikel Berkaitan: Nafi Dakwaan Persetubuhan Luar Nikah, Syamsul Yusof Maklum Ira Kazar Bakal Saman JAWI

Aqilah Paharuzi