Anak Sharnaaz Ahmad Selamat Jalani Pembedahan

Pelakon Sharnaaz Ahmad memaklumkan anak lelakinya, Jebat Jayden selamat menjalani pembedahan di salah sebuah pusat perubatan swasta, pagi ini.

Menerusi laman Instagramnya, pelakon berusia 34 tahun ini bersyukur apabila prosedur pembedahan berjalan baik dan berterima kasih dengan doktor yang mengendalikan kes anaknya. 

” Alhamdulillah semua lancar. Terima kasih buat Doctor Shariz yang mengetuai pembedahan ni, hebat orangnya. Jebat akan kembali sihat dgn Izin Allah. Amin,” tulisnya di Instagram.

lhamdulillah semua lancar. Dan terima kasih buat Doctor Shariz yg mengetuai pembedahan ni, hebat orangnya.. Jebat akan kembali sihat dgn Izin Allah.. amin.

Pelakon Cinta Bukan Kristal ini turut berterima kasih kepada semua pengikutnya yang sering mendoakan kesihatan anak kesayangannya itu.

” Alhamdulillah syukur pada Allah SWT. Jebat dah selamat keluar bilik pembedahan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Terima kasih semoga Allah balas dengan beribu kebaikan dan pahala buat anda semua,” katanya.

Ahad lalu, Sharnaaz memaklumkan anaknya mengalami masalah jangkitan saluran kencing sejak beberapa bulan lalu yang mana si comel itu terpaksa berulang-alik ke hospital. Semoga cepat sembuh, Jebat Jayden! 

SGMS Faida