“Andai Kekasih Saya Seorang Pelac*r Atau Miskin Saya Boleh Terima Jika…” – Iqbal Dedah DSV Siap Tawar Kereta RM3 Juta

Pergolakan hubungan diantara usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli masih belum reda.

Terbaharu, Iqbal berkongsi muat naik menerusi Instagram Story miliknya memaklumkan, dia kini lebih waras dalam menilai kejujuran seseorang termasuklah DSV sendiri.

Menerusi perkongsian tersebut, Iqbal turut mendedahkan pihak DSV ada menawarkan sebuah kereta mewah bernilai RM 3 juta dimana kereta itu adalah kereta idamannya.

Bagaimanapun, Iqbal menegaskan nilai wang ringgit sudah tidak bermakna untuk memujuknya apatah lagi mahu kembali kepada DSV.

Malah, Iqbal mengakui lebih rela untuk menerima cinta dan kasih daripada seorang yang miskin ataupun pelacur yang penting ketelusan dan keikhlasan seseorang itu dalam menyayanginya.

” Bagi saya andai kekasih saya seorang pelacur, atau seorang yang miskin sekali pun, tidak terlalu rupawan saya boleh terima. Tetapi jangan kurang satu perkara iaitu ketelusan. Saya tidak terlalu baik namun, saya tidak pernah mempergunakan wanita,” katanya.

Terdahulu, DSV ada memuat naik video berdurasi 11 minit menerusi akaun Instagram miliknya beberapa hari yang lepas menjelaskan bahawa hubungan mereka kini berada dalam fasa ujian dan tohmahan namun, Iqbal sendiri menyifatkan video tersebut sebagai rintihan palsu dari DSV.

 

Salma Syahbuddin