Suami Lengkap Suntikan Vaksin Diberi Kebenaran Teman Isteri Bersalin

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan akan memberi kebenaran kepada suami yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 untuk menemani isteri ketika melahirkan anak.
Perkara itu turut dikongsi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter nya. Malah, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah juga dilihat mengulang kicau kenyataan tersebut.

Selain itu, Khairy turut meminta agar Dr Noor Hisham membenarkan perkara berkenaan dilaksanakan dengan segera.
Salma Syahbuddin