Kebenaran Rentas Negeri Dijangka Pertengahan Oktober Ini

Kebenaran rentas negeri dijangka bakal dilaksanakan pada pertengahan Oktober ini.

Kenyataan itu disahkan oleh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media akhbarnya sebentar tadi.

“Jadi saudara bolehlah merayau atau pergi mana-mana seluruh Malaysia ini, tetapi sentiasa ingat SOP,” katanya.

Walaubagaimanpun, rakyat disarankan untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”