Pendakwah Terkenal Zakir Naik Cari Calon Menantu

Pendakwah terkenal, Zakir Naik mengumumkan beliau ingin mencari seorang calon isteri untuk anak lelakinya, Fariq Naik.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Zakir memuat naik sebuah poster yang turut menyenaraikan ciri-ciri calon wanita yang bakal menjadi menantunya.

Malah, beliau turut menyertakan biodata anaknya.

“Saya ingin mencari seorang isteri  untuk anak saya Fariq, seorang wanita yang baik agar kedua duanya mampu menjadi pasangan yang mampu membimbing satu sama lain,” tulisnya.

 

Zakir Naik turut menggalakkan orang ramai yang membaca hantaran tersebut dan mempunyai calon yang tepat supaya menghubunginya untuk perbincangan lebih lanjut.

Menerusi ciri-ciri yang disenaraikan, calon isteri anaknya perlu menetap di Malaysia.

Hantaran tersebut kini meraih 5,700 perkongsian di laman Facebook dan rata-rata pengguna turut meninggalkan pelbagai komen.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”