Categories: Trending

“Ada Lebam Sedikit, Berdarah” – Elizabeth Tan Dedah Alami Cedera Ringan Gara-Gara…

Selain berbakat dalam bidang nyanyian, penyanyi Elizabeth Tan juga menjadi bintang pilihan untuk menghiasi karya di televisyen dan filem.

Terbaharu, wanita yang mesra dengan nama Lizzy ini bakal muncul dalam drama terbaru Gerak Khas Undercover bersama para pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz, Erra Fazira, Raja Afiq dan ramai lagi.

Walaupun pernah melakonkan pelbagai  watak yang mencabar namun percaturannya sedikit berbeza bagi Gerak Khas Undercover.

Lizzy mengakui beliau melakonkan sendiri babak ‘stunt’ dalam beberapa episod Gerak Khas Undercover.

“Sebenarnya Lizzy seorang yang aktif dan lasak, jadi Lizzy banyak melakonkan sendiri aksi stunt dalam drama ini,” katanya.

Menurut pelantun lagu Knock Knock ini, dia turut mengalami kecederaan ringan seperti kesan lebam dan kecederaan di kuku akibat melakukan aksi lagak ngeri sendiri.

“Lizzy ada alami lebam lebam juga dan kecederaan di kuku. Berdarah. Suami pula tidak risau dengan keadaannya sebaliknya hanya mentertawakan Lizzy, dia tanya Lizzy kenapa Lizzy lemah”, selorohnya.

Lizzy ditemu bual di sidang media Gerak Khas Undercover yang diadakan secara maya hari ini.

 

Gerak Khas Undercover bakal bersiaran selama 30 episod di TV3 bermula pada 1 Oktober 2021, setiap hari Jumaat, pukul 10.30 malam serta turut disiarkan di platform penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Drama ini turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Erra Fazira, Salina Saibi, C.Kumaresan, Farid Amirul dan Datuk AC Mizal, Datuk Aaron Aziz, Datuk Sri Eizlan Yusof, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim, Datuk Rosyam Nor dan ramai lagi.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”