Jom Semak Tarikh & Kadar Bayaran BPR Fasa 3 & BPR Rayuan Mengikut Kategori

Orang ramai yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) termasuk Rayuan BPR bakal menerima pembayaran Fasa 3 mulai 28 September 2021.

Untuk makluman, pembayaran BPR Fasa 3 adalah melibatkan penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima bagi meringankan beban mereka yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bayaran BPR Fasa 3 akan memanfaatkan penerima BPR sedia ada dan Rayuan BPR seramai 3.6 juta penerima melibatkan peruntukan sebanyak RM2.82 bilion.

Semakan boleh dibuat;

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan di portal BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/ untuk mengetahui jumlah keseluruhan pembayaran BPR yang akan diterima.

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran bagi BPR Fasa 3 akan dilakukan mengikut jenis penerima berikut:

Jumlah Pembayaran BPR

Jumlah pembayaran BPR Fasa 3 akan dibayar mengikut kategori penerima iaitu:

Cara Pembayaran

Cara bayaran akan diberikan mengikut jenis penerima yang berikut:

Semakan Status & Jumlah Pembayaran

Bagi orang ramai yang ingin menyemak status dan ingin mengetahui jumlah pembayaran keseluruhan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my.
  2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Klik butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran dan jumlah pembayaran keseluruhan akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai BPR Fasa 3, sila hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747.

Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan mengenai bayaran BPR ini menerusi kenyataannya pada Ahad.

Salma Syahbuddin