Tampil Mohon Maaf, Ruhainies Mahu Bersemuka Dengan Bella Astillah & Sarah Yasmine Demi Jernihkan Keadaan – “Saya Nak Tutup Buku, Lupakan Isu & Kembali Gembira”

Pelakon sensasi, Ruhainies akhirnya membuat keputusan untuk bersemuka dengan aktres jelita, Bella Astillah bagi menyelesaikan konflik antara mereka.

Dalam satu kenyataan dinuat naik menerusi Instagram Story (IGs), Ruhainies tampil memohon maaf secara terbuka kepada Bella dan semua pihak terpalit kontroversi antara dirinya dan Aliff Aziz.

“Dengan penuh rendah diri, saya ingin memohon maaf kepada Bella Astillah atas segala apa yang terjadi. Saya juga ingin bertemu dengan anda bagi menjernihkan keadaan.

“Saya juga mahu menutup buku, lupakan apa yang berlaku dan kembali gembira,” tulisnya

Jelas Ruhainies, dia mengunci mulut selama ini kerana tidak mahu kes tersebut semakin berpanjangan.

“Saya memilih berdiam diri bukan untuk mengiya atau menidakkan, tetapi atas niat mengelakkan sebarang pertelingkahan dalam media sosial, sekali gus memanjangkan isu tersebut.

“Saya juga ingin memohon maaf pada semua pihak yang terkesan dengan segala berlaku,” katanya.

Sementara itu, aktres drama rantaian Bintang ini juga mahu bertemu dengan wanita didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, dikenali sebagai Sarah Yasmine untuk tujuan sama.

“Saya juga dengan penuh keikhlasan ingin menjemput Sarah Yasmine bersama menyertai pertemuan kami bagi mengakhiri segala kemelut yang berlaku.

“Saya berharap Bella dan Sarah memberi peluang kepada saya untuk bersemuka dengan mereka,” tulisnya lagi.

Sejak kelmarin, pendedahan mesej mesra di WhatsApp antara pasangan pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies semakin hangat diperkatakan di platform media sosial.

Antara mesej yang didedahkan oleh wanita didakwa kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine memaparkan Ruhainies seakan menghasut aktor berkenaan untuk membenci Bella Astillah.

Menerusi perbualan WhatsApp itu, Ruhainies turut memetik semula kejadian menimpa Aliff yang ditinggalkan Bella pada tahun 2019 akibat kes curangnya itu.

Malah, pelbagai isu hangat dibongkarkan, antaranya Ruhainies turut memetik nama pelakon, Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong didakwa mengkritik Bella Astillah.

Sebelum ini, Sarah mendakwa dirinya menjalinkan hubungan cinta serta ‘menjaga’ Aliff sejak Januari lalu.

Terdahulu, kontroversi antara Ruhainies dan Aliff tercetus selepas mereka ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu dalam sebuah kondominium mewah milik aktres ini.

Susulan konflik tersebut, Bella memfailkan penceraian pada 11 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

Artikel Berkaitan: Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

Artikel Berkaitan: Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

Artikel Berkaitan: Tak Ambil Port Isu Aliff Aziz, Bella Astillah & Ruhainies… Kesal Fakta Dimanipulasi, Giliran Chacha Maembong Beri Penjelasan

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

Artikel Berkaitan: “Kalau Tak Diuji Macam Ni, Nanti Kita Lupa Allah” – Tular Guna ‘Short Form’, Mesej Mesra Aliff Aziz & Ruhainies Dikritik

Artikel Berkaitan: “Panggil Bini B*b*, P*k*m*k Tapi Kat Mahkamah Tak Nak Lepaskan” – Netizen Bengang Aliff Aziz Guna Kata Kesat Kepada Bella Astillah 

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Gelar Aliff Aziz & Ruhainies Hipokrit! Kesal Ibu Dihina Gara-Gara Backup Anak – “Mak Awak Dikecam Sebab Percayakan Anak Lelaki Dia”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Korek Balik Video Aliff Aziz Buka Zip Seluar, Ramai Pula Cakap Jijik & Perangai Remp*t

Artikel Berkaitan: “Dia Sayang Awak, Tak Perlu Risau… You Can Have Him Ruhainies” – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: Ruhainies Minta Aliff Aziz Jangan Pulangkan Kereta Pemberian Bella Astillah – “Saya Nak Awak Hantar Kedai, Buang Recorder”

Aqilah Paharuzi