“Aliff Aziz Lesen Tak Ada Tapi Jadi JPJ” – Netizen

Nama aktor kontroversi, Aliff Aziz masih hangat diperkatakan ramai selepas pendedahan yang dibuat oleh ‘kekasih gelapnya’ yang bernama Sarah Yasmine, baru-baru ini.

Semalam, Sarah Yasmine membuat pendedahan mengenai perbualan WhatsApp yang didakwa antara Aliff dan aktres sensasi, Ruhainies.

Ternyata pendedahan yang dibuat Sarah Yasmine itu mengejutkan semua pihak apabila mengetahui segala perbualan di antara Aliff dan Ruhainies.

Apa yang menarik perhatian adalah dalam perbualan tersebut, Aliff memaklumkan kepada Ruhainies bahawa dia tidak mempunyai lesen memandu.

Perkara tersebut dibincangkan oleh Aliff dan Ruhainies ketika membuat perancangan untuk menukar nama dan hak milik kereta yang dihadiahkan Bella Astillah dahulu.

Sehubungan dengan itu, warganet turut memberikan pelbagai reaksi terhadap pendedahan tersebut.

Rata-ratanya berseloroh mengenai status Aliff yang tidak mempunyai lesen memandu.

Malah ada juga yang berkongsi semula sebuah foto yang memaparkan Aliff mengenakan uniform Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Netizen berseloroh mengatakan biarpun Aliff tidak mempunyai lesen memandu namun boleh memegang watak anggota badan uniform dalam sebuah drama.

Masih panas isu tersebut, nama Aliff, Ruhainies, Sarah Yasmine dan Bella Astillah turut sohor dan trending di media sosial terutamanya di aplikasi X (Twitter).

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminha itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sehinggalah pada Selasa lalu, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui  ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine Gelar Aliff Aziz & Ruhainies Hipokrit! Kesal Ibu Dihina Gara-Gara Backup Anak – “Mak Awak Dikecam Sebab Percayakan Anak Lelaki Dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Ungkit Tragedi 2019, Ruhainies Didakwa ‘Hasut’ Aliff Aziz Untuk Benci & Ceraikan Bella Astillah? – “Apa Yang Dia Buat Tu Jahat! Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toksik”

ARTIKEL BERKAITAN: “Panggil Bini B*b*, P*k*m*k Tapi Kat Mahkamah Tak Nak Lepaskan” – Netizen Bengang Aliff Aziz Guna Kata Kesat Kepada Bella Astillah 

ARTIKEL BERKAITAN: Simpan Lebih 400 Bukti Kecurangan, Caprice Serik Masuk Campur Kontroversi Bella Astillah, Aliff Aziz, Ruhainies & Sarah Yasmine – “I Can No Longer Help”

ARTIKEL BERKAITAN: Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa Saja Yang Digunakan Pihak Sana Adalah Perkara Lama Semata Nak Tutup Kes Khalwat” – Bella Astillah

Khairil Khusyairi